Wednesday

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN II


"Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II merupakan sebuah sekolah yang dibina diatas sebidang tanah milik penduduk Kampung Sungai Nafas. Keluasan tanah ini menjangkau lebih kurang 25 ekar dan merupakan kawasan berpaya. Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II bermula pada tahun 2002 dan siap dibina sepenuhnya pada tahun 2004 walaupun mengambil masa yang agak lama. Bangunan sekolah ini dibina pertama kalinya pada tahun 2002 runtuh ekoran struktur asalnya yang tidak kukuh. Sehubungan dariada kejadian tersebut ramai pekerja daripada syarikat-syarikat kontraktor swasta lain disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk bersama-sama membina struktur dan cadangan yang lebih kukuh bagi membina Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II dikawasan berpaya. Ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi. Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II yang terletak di Kampung Sungai Nafas bersempadan dengan Kampung Kolapis. Majoriti pelajar-pelajar yang bersekolah disini terdiri daripada anak-anak penduduk Kampung Kolapis, Kampung Sungai Nafas, Kampung Sungai-Sungai dan Kampung Iran. Selain itu juga terdapat pelajar-pelajar daripada Ladang Sabah, Kampung Cahaya Baru dan Kampung Muanad 3 juga turut bersekolah disekolah ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II terletak kira-kira 4 kilometer daripada Kampung Kolapis dan kedudukannya juga terletak agak strategik keran ianya terletak tidak jauh dari pada pekan Beluran iaitu kira-kira 7 kilometer. Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II diwujudkan dan mula beroperasi pada 3 Januari 2005. Pada awal pembukaan sekolah hanya terdapat Pengetua Encik Ng Kim Choy dan guru-guru lain seramai 8 orang yang ditukarkan dari sekolah rendah dan menengah sekita daerah Beluran dan juga guru yang baru menamatkan pengajian. Pada awal sesi pembelajaran dan pemgajaran, sekolah ini hanya mempunyai pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 seramai 156 orang sahaja. Namun pada tahun 2007, Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II telah membuka kelas tingkatan 1 hingga 5 sepenuhnya dan menerima seramai 310 orang pelajar pada tahun tersebut. Malahan kelas aliran sains dan sastera turut diwujudkan. Pelajar-pelajar tahun tersebut juga telah dibimbing oleh tenaga pengajar seramai 24 orang guru. Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II telah diperkenalkan pada tahun 2005 dengan motto 'Ad Astra Per Aspera' oleh Pengetua Encik Ng Kim Choy.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.