LENCANA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN II
" Empat bulatan yang seimbang dan harmonis melambangkan 4 unsur dalam perkembangan individu iaitu jasmani, rohani, intelek dan emosi. Apabila digabungkan, bulatan-bulatan itu menjadi papan sasaran yang menggambarkan visi dan misi sekolah yang sentiasa menjadi fokus semua aktiviti guru dan murid. Setiap ahli mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk mencapai wawasan negara."
" 5 bintang melambangkan sekolah yang unggul dalam menyediakan cabaran dan peluang pembelajaran untuk semua warga sekolah. Di peringkat sekolah, 5 bintang juga mewakili Iklim Sekolah, Guru, Kurikulum, KoKurikulum dan Sumber Pembelajaran. Setiap komponen juga beroperasi pada peringkat 5 bintang."
" Motto sekolah bererti kegemilangan dicapai melalui kecekalan. Dengan erti kata lain, kejayaan terbilang akan dicapai sekiranaya kita berusaha tanpa berputus asa dan sentiasa mempertingkatkan lagi jati diri sendiri serta berani menghadapi sebarang kesusahan dan kepahitan."
" Nama sekolah dalam bentuk yang kukuh dan warna yang terang melambangkan keberanian serta sifat kerohanian."
" Bulan Sabit melambangkan Islam sebagai agama rasmi."
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.