Monday

LAGU SEKOLAH


LAGU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN II

SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN BELURAN II
AD ASTRA PER ASPERA
MOTTONYA TERSEMAT DIJIWA
PUTERA PUTERIMU
ANAK BANGSA SABAH NEGERIKU
TANPA RASA PENAT DAN JEMU
MENDIDIK SEPANJANG WAKTU

SMK BELURAN II
BERSATU PADU KITA SEMUA
MENCAPAI SEGALA VISI MISIMU
KITA AKAN TERUS MARA
MENGEJAR HARAPAN IMPIAN KEJAYAAN
KEKAL UTUH KAN DI MINDA
TETAPLAH CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG
DALAM DAERAH BELURAN
TETAPLAH CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG
DALAM DAERAH BELURAN
 

LIRIK: WAN RAFIK WAN ISMAIL
MUSIK: SUHAIDI PATIK & M. HANAFI BULKIN

LENCANA SEKOLAH


LENCANA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN II


" Empat bulatan yang seimbang dan harmonis melambangkan 4 unsur dalam perkembangan individu iaitu jasmani, rohani, intelek dan emosi. Apabila digabungkan, bulatan-bulatan itu menjadi papan sasaran yang menggambarkan visi dan misi sekolah yang sentiasa menjadi fokus semua aktiviti guru dan murid. Setiap ahli mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk mencapai wawasan negara."

" 5 bintang melambangkan sekolah yang unggul dalam menyediakan cabaran dan peluang pembelajaran untuk semua warga sekolah. Di peringkat sekolah, 5 bintang juga mewakili Iklim Sekolah, Guru, Kurikulum, KoKurikulum dan Sumber Pembelajaran. Setiap komponen juga beroperasi pada peringkat 5 bintang."

" Motto sekolah bererti kegemilangan dicapai melalui kecekalan. Dengan erti kata lain, kejayaan terbilang akan dicapai sekiranaya kita berusaha tanpa berputus asa dan sentiasa mempertingkatkan lagi jati diri sendiri serta berani menghadapi sebarang kesusahan dan kepahitan."

" Nama sekolah dalam bentuk yang kukuh dan warna yang terang melambangkan keberanian serta sifat kerohanian."

" Bulan Sabit melambangkan Islam sebagai agama rasmi."

Wednesday

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN II


"Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II merupakan sebuah sekolah yang dibina diatas sebidang tanah milik penduduk Kampung Sungai Nafas. Keluasan tanah ini menjangkau lebih kurang 25 ekar dan merupakan kawasan berpaya. Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II bermula pada tahun 2002 dan siap dibina sepenuhnya pada tahun 2004 walaupun mengambil masa yang agak lama. Bangunan sekolah ini dibina pertama kalinya pada tahun 2002 runtuh ekoran struktur asalnya yang tidak kukuh. Sehubungan dariada kejadian tersebut ramai pekerja daripada syarikat-syarikat kontraktor swasta lain disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk bersama-sama membina struktur dan cadangan yang lebih kukuh bagi membina Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II dikawasan berpaya. Ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi. Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II yang terletak di Kampung Sungai Nafas bersempadan dengan Kampung Kolapis. Majoriti pelajar-pelajar yang bersekolah disini terdiri daripada anak-anak penduduk Kampung Kolapis, Kampung Sungai Nafas, Kampung Sungai-Sungai dan Kampung Iran. Selain itu juga terdapat pelajar-pelajar daripada Ladang Sabah, Kampung Cahaya Baru dan Kampung Muanad 3 juga turut bersekolah disekolah ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II terletak kira-kira 4 kilometer daripada Kampung Kolapis dan kedudukannya juga terletak agak strategik keran ianya terletak tidak jauh dari pada pekan Beluran iaitu kira-kira 7 kilometer. Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II diwujudkan dan mula beroperasi pada 3 Januari 2005. Pada awal pembukaan sekolah hanya terdapat Pengetua Encik Ng Kim Choy dan guru-guru lain seramai 8 orang yang ditukarkan dari sekolah rendah dan menengah sekita daerah Beluran dan juga guru yang baru menamatkan pengajian. Pada awal sesi pembelajaran dan pemgajaran, sekolah ini hanya mempunyai pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 seramai 156 orang sahaja. Namun pada tahun 2007, Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II telah membuka kelas tingkatan 1 hingga 5 sepenuhnya dan menerima seramai 310 orang pelajar pada tahun tersebut. Malahan kelas aliran sains dan sastera turut diwujudkan. Pelajar-pelajar tahun tersebut juga telah dibimbing oleh tenaga pengajar seramai 24 orang guru. Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II telah diperkenalkan pada tahun 2005 dengan motto 'Ad Astra Per Aspera' oleh Pengetua Encik Ng Kim Choy.

MOTTO SEKOLAH


 MOTTO
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN II



"AD ASTRA PER ASPERA"

Motto sekolah yang berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud 
"KEGEMILANGAN DICAPAI MELALUI KECEKALAN".
Motto ini telah diperkenalkan oleh Pengetua yang pertama Encik Ng Kim Choy pada tahun 2005 semasa mula-mula sekolah ini beroperasi. Dengan erti kata lain, kejayaan terbilang akan dicapai sekiranya berusaha tanpa putus asa dan sentiasa memperbaiki kelemahan serta berani menghadapi sebarang kesusahan dan kepahitan.

VISI DAN MISI



VISI 

"MENJADI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YANG BERTARAF LIMA BINTANG DAN MENJADI PEMANGKIN KEPADA KECEMERLANGAN AKADEMIK, KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH MENJELANG 2015"


MISI

"MEMANTAPKAN PENTADBIRAN PENGURUSAN DAN ETIKA KERJA BERMATLAMAT DAN BERFOKUS"
"MEWUJUDKAN SUASANA DAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG DAPAT MERANGSANGKAN PROSES PENGAJARAN DAN PROSES PEMBELAJARAN"
"MEMBINA SIKAP YANG POSITIF DAN BERKEYAKINAN TINGGI SERTA CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG MELALUI AKTIVITI KO-KURIKULUM"
"MELAHIRKAN SATU GENERASI PELAJAR YANG BERAKHLAK, BERTANGGUNGJAWAB SERTA BERJIWA PATRIOTIK"